Thursday, February 26, 2009

Yay..Kampung Bentuk!Shapes Village!

Assalamualaikum..sudah lama brilliant aulad berehat..kini tiba masa untuk muncul semula..Yayyay..kali ini untuk memperkenalkan bentuk kepada kanak-kanak..hm..penat sy mencari bahan yg menarik dan hands-on..akhirnya..inilah die..Kampung Bentuk!




Bahan-bahan:
  1. Kadbod/mounting board
  2. Gunting
  3. Gam
  4. Kertas pelbagai warna
  5. Selofan tape
Cara membuatnya:^_^
  1. Gunakan kertas berwarna kuning sebagai matahari. Lukis bulatan dan potong bentuk itu. Tampalkan pada kadbod/mounting board
  2. Lukis dan potong pula bentuk awan pada kertas biru. Tampalkan pada kadbod.
  3. Potong kertas berwarna hijau supaya berbentuk kotak untuk dijadikan rumah dan atap. Tampalkan di atas kadbod.
  4. Potong kertas ungu bagi membuat pintu berbentuk segiempat tepat(rectangle).
  5. Seterusnya buat rumah kedua dengan bentuk segiempat tepat pula..lukis dan potong bentuk segiempat tepat menggunakan kertas ungu. potong sebanyak dua keping ye..untuk rumah dan atap.Lekatkan di atas kadbod.
  6. Pintu pula, potong bentuk segitiga(rectangle) pada kertas berwarna hijau untuk dibuat pintu rumah
  7. Potong pula kertas merah kepada bentuk bulat untuk dijadikan atap dan lantai. Untuk menghasilkan 'badan' rumah,potong kertas merah berbentuk segiempat tepat kemudian gulungkan agar menjadi bentuk silinder.
  8. Kemudian, sebagai pintu, potong pula kertas berwarna kuning untuk dijadikan pintu rumah..yay!
  9. Selepas itu, buat orang lidi untuk penghuni kampung.
  10. Tada...siapp!!So, bolehla kita mengajar bentuk kepada kanak-kanak!!bila buat mcm ni sure lg enjoy instead of latihan dlm buku je,kan?
~So, selamat mencuba..harapnya anda semua faham ye..klu xfaham,boleh tny sy..
sumber: http://www.mathscat.com/crafts.html
*kali ini walaupun sy bz dgn kajian sy, tp ttp akan cuba cr ms untuk aktifkan brilliant aulad..dh seminggu berehat..*

0 comments: