Wednesday, September 16, 2009

Hujan Dah Turun

Assalamualaikum..

Pkul 4 lebih pagi tadi hujan dengan lebat..pemilik brilliant aulad pon tiba-tiba rajin wat research utk aktiviti prasekolah dan terjumpa di web luar negara bagaimana mereka ajar kanak-kanak tentang hujan..

Aktiviti 1: BOLA-BOLA KAPAS & AIR


Bahan-Bahan : Cotton Ball dan air diisi ke dalam bekas

1.Beri setiap murid cotton ball dan minta mereka pegang dan rasa kapas tersebut..ringan atau berat, lembut atau kasar. Cotton ball ini diumpamakan seperti awan.
2. Seterusnya, minta murid-murid membasahkan "awan" (cotton ball) dengan air yang sejuk. Jelaskan bagaimana air dari daratan naik ke atas langit dan membentuk awan di langit.Minta mereka terangkan apa pula yang terjadi bila kapas basah, berat atau ringan. Begitulah juga apabila awan dipenuhi dengan air.
3. Seterusnya, minta mereka perhatikan apa yang terjadi pada "awan" apabila penuh dengan air. Ya, air pada kapas sedang menitik seperti hujan! Mengapa turunnya hujan? Kerana awan tidak dapat lagi menampung air yang banyak yang terlampau berat.Lalu terjadilah hujan..



Aktiviti 2 : Menyanyi!

English Language


Bahasa Malaysia:

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama angin apa sebab goncang
Nanti jawab angin tanyalah awan
Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Lihat dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang...



Aktiviti 3 : menulis U for Umbrella..time hujan kena pakai payung,kan..




Akhirnya..selesaila pengajaran hari ini..seronokkan?MyEm0.ComKita belajar sains, menyanyi, menulis, bermain bersama rakan dan macam-macam lagi..


2 comments:

Alice In Wonderland said...

tepuk pengakap... hebat arrrrr~~~

ainko said...

tepuk..tepuk..tepuk..pengakap!thanx