Apa khabar semua..?lama xberjumpa kan?kali ini pemilik brilliant aulad kembali..sudah lebih seminggu rasenya xupdate berbanding mata hari, blog catatan kehidupan saya..hehe..kepada kak liza, kak ynty, dan cikgu2 lain yang setia menyinggah di brilliant aulad, sy ucapkan terima kasih daun keladi, free2 datanglah lagi..hehe..
Kali ni saya nak ajak membuat Ubat Gigi..saya xpernah buat pon sebenarnye..tp sy dapat idea ni daripada sebuah buku yang sentiasa menjadi rujukan sy..buku dr oversea, sepertimana idea bagi tukang kebun..owh, byk pasal pekerjaan,kan..sbb skang pemilik brilliant aulad sdg baru2 nak berkecimpung dlm penulisan buku..sdg mencuba membuat buku aktiviti utk prasekolah bg tema pekerjaan..ini pun atas sokongan drpd puan surayah. Doakanlah pemilik brilliant aulad dan rakan-rakan berjaya ya!
Aktiviti Doktor Gigi 1: Membuat Ubat Gigi
1. Masukkan 4 sudu serbuk penaik (baking soda), 1 sudu garam, dan 1 sudu air ke dalam beg plastik.
2.Bahan-bahan ini dicampurkan dan digaulkan sehingga sebati.
3. Satu titis perasa seperti peppermint, mint, oren, anggur atau apa shj dimasukkan ke dalam sebatian tadi bagi memberikan bau dan rasa yang menarik.
4. Siap!!Bolehlah dibuat pelbagai rasa, dan rasanya boleh dicampur-campur..
*InsyaAllah pemilik brilliant aulad akan cuba buat dlm masa terdekat, nati sy bgtahu jadi atau tidak ya!
*Nantikan aktiviti Doktor Gigi 2, 3 dan 4 dalam entry seterusnya k!
Dah 2mgg brilliant aulad xupdate..dlm pada itu juga, brilliant aulad dah jupe byk blog2 cikgu2 prasekolah yg hebat2 belaka..ni yg buat pemilik brilliant aulad xsabar2 nak jadi cikgu prasekolah. Doakan saya ye..InsyaAllah tahun depan mula mengajar.
Kali ini, brilliant aulad memaparkan aktiviti berkaitan berkebun..klu ikut tema, boleh digunakan dalam tema tumbuhan atau pekerjaan(tukang kebun, petani)..Aktiviti ni saya dapat drpd buku aktiviti di luar negara yang pernah diberikan oleh pensyarah saya.So, Check It Out!
Aktiviti 1 – “APA DI DALAM KOTAK?”
i.Sebuah kotak diisikan dengan pelbagai bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, bunga, buah dan kelopak bunga.
ii.Kotak tersebut dibuat lubang agar murid boleh memasukkan tangan ke dalamnya.
iii.Murid memasukkan tangan, merasa bahagian tumbuhan dalam kotak dan mengenalpasti nama bahagian tersebut tanpa melihatnya.
Aktiviti 2 – “KUASA SANG MATAHARI”
i.Benih ditanam di dalam dua bekas yang mempunyai tanah setinggi setengah inci.
ii.Satu bekas ditempatkan di dalam tempat yang gelap seperti almari dan tidak disiram.
iii.Satu bekas lagi diletakkan di kawasan cahaya matahari dan disiram setiap hari.
iv.Tanaman di dalam bekas manakah yang tumbuh segar?Mengapa?
Aktiviti 3 – “CANTIKNYA TAMAN BUNGA”
i.Dalam aktiviti ini, setiap murid akan menanam sejenis bunga.
ii.Setiap murid dibekalkan dengan cawan kertas yang tertulis nama masing-masing di atasnya.
iii.Satu ceduk tanah di berikan pada setiap murid untuk dimasukkan ke dalam cawan masing-masing.
iv.Kemudian, setiap murid diberi peluang memilih benih bunga yang disukai tanpa mengetahui benih bunga apakah itu.
v.Pastikan plastik-plastik benih tidak dibuang. Plastik-plastik benih yang mengandungi gambar itu ditampal di atas kertas manila.
vi.Murid diberi tanggungjawab untuk menanam benih tersebut, menyiram dan menjaganya.
vii.Apabila pokok telah tumbuh, murid perlu mengenalpasti nama pokok tersebut dengan membandingkan pokok tersebut dengan gambar yang terdapat pada plastik-plastik benih yang guru simpan tadi.
Aktiviti 4 – PEKEBUN YANG BIJAKSANA
i.Seorang murid berlakon sebagai seorang pekebun dan seorang murid sebagai matahari yang memakai topeng matahari.
ii.Dua orang murid melakonkan watak pokok bunga dengan memakai kostum kostum bunga atau topeng bunga.
iii.Bunga 1 merupakan bunga yang gembira kerana tumbuh mekar di waktu pagi di kawasan yang mendapat cahaya matahari.
iv.Bunga 1 juga sentiasa disiram oleh pekebun.
v.Bunga 2 merupakan bunga yang tinggal di dalam rumah yang gelap. Bunga 2 sangat sedih dan mengadu kepada pekebun.
vi.Bagaimana pekebun mahu menyelesaikan masalah tersebut?
vii.Setelah berbincang bersama rakan-rakan lain, pekebun mencari jalan penyelesaian dengan menyiram Bunga 2 dan membawa Bunga 2 keluar ke kawasan cahaya matahari.
*terima kasih kepada cikgu2 prasekolah yg banyak memberikan sokongan kpd brilliant aulad!
Pkul 4 lebih pagi tadi hujan dengan lebat..pemilik brilliant aulad pon tiba-tiba rajin wat research utk aktiviti prasekolah dan terjumpa di web luar negara bagaimana mereka ajar kanak-kanak tentang hujan..
Aktiviti 1: BOLA-BOLA KAPAS & AIR
Bahan-Bahan : Cotton Ball dan air diisi ke dalam bekas
1.Beri setiap murid cotton ball dan minta mereka pegang dan rasa kapas tersebut..ringan atau berat, lembut atau kasar. Cotton ball ini diumpamakan seperti awan. 2. Seterusnya, minta murid-murid membasahkan "awan" (cotton ball) dengan air yang sejuk. Jelaskan bagaimana air dari daratan naik ke atas langit dan membentuk awan di langit.Minta mereka terangkan apa pula yang terjadi bila kapas basah, berat atau ringan. Begitulah juga apabila awan dipenuhi dengan air. 3. Seterusnya, minta mereka perhatikan apa yang terjadi pada "awan" apabila penuh dengan air. Ya, air pada kapas sedang menitik seperti hujan! Mengapa turunnya hujan? Kerana awan tidak dapat lagi menampung air yang banyak yang terlampau berat.Lalu terjadilah hujan..
Aktiviti 2 : Menyanyi!
English Language
Bahasa Malaysia:
Tanya sama pokok apa sebab goyang Nanti jawab pokok angin yang goncang Tanya sama angin apa sebab goncang Nanti jawab angin tanyalah awan Awan nanti kata aku kandung air Sampai tempat sejuk aku pun cair Lihat dalam air nampak bayang-bayang Campak satu batu bayang pun hilang...
Aktiviti 3 : menulis U for Umbrella..time hujan kena pakai payung,kan..
Akhirnya..selesaila pengajaran hari ini..seronokkan?Kita belajar sains, menyanyi, menulis, bermain bersama rakan dan macam-macam lagi..
Pemilik brilliant aulad memang suka buat aktiviti menggunakan makanan..bukan apa, saya rasa memang seronok bila aktiviti melibatkan makanan.secara tidak langsung mereka diajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti masak-memasak.bolehlah tolong ibu di rumah..
~Fancy Face Sandwich~ merupakan satu idea yang saya ambil daripada sebuah buku pengajaran bertema daripada oversea. tidak ingat tajuknya, dan memang bukunya sangat tebal dan banyak idea menarik.
Sebelum ini aktiviti menulis perkataan pada cookies melibatkan bahasa murid-murid, kali ini fancy face sandwich melibatkan komponen kognitif. Dalam kurikulum prasekolah, terletak dibawah tajuk 9.1.1 Menyusun peristiwa mengikut urutan.
Peristiwa di sini melibatkan langkah-langkah bagi pembuatan sandwich:
1. Mencuci tangan 2. Menyapu peanut butter/ kaya di permukaan roti 3. Meletakkan mata(kacang peas), hidung (carrot yang dipotong panjang2), mulut (kismis) dan rambut(aising). 4. Menutup makanan yang dihasilkan dengan tudung saji/penutup makanan 5. Membersihkan semula tangan.
So, kita boleh ajar mereka membuat sesuatu mengikut urutan yang betul..selain itu, mereka dapat menguasai motor halus ketika meletakkan bahan-bahan sandwich. Mereka juga belajar berkongsi bahan-bahan saperti aising dan sudu.
Pemilik brilliant aulad mmg kurang cekal n tekal mengaktifkan brilliant aulad..maaf ye..
Baikk..kali ni..jom kita mengenal nombor dan mengira..senang saja..
Baru2 ni sy membeli hadiah hari jadi buat afif my nephew..sdg2 mencari2..terjumpa magnetic dart..wah, menarik..lebih kurang begini rupanya..
Comel,kan?tp hadiah utk si afif bergambar ultraman..sy xsempat ambil gambar dart afif sbb kelam kabut nak balik kampung lepas aje bagi dia adiah..
Seperti yg dpt kita lihat pada dart hello kitty ni, ade belon2 yg pelbagai warna..bolehla bermain dart sambil memilih warna yg anak2 kita mahu..xsedar aje, anak kita dapat kenal warna kan? Paling penting, bolehlah bermain nombor dengan anak-anak atau murid kita..bermainlah dart seperti biasa..tuliskan skor markah..dan..kiralah markah itu bersama-sama..senang bukan..secara xlangsung, anak-anak kita mengenal nombor dan mengira semasa mereka bermain..
Yg menariknya, arrow dia tidak berbahaya n tidak tajam..sebab die guna magnet dihujungnya..
~family n frens call me ain but my sibling used to call me ainko in some situations..m a preschool teacher..love making desserts n cakes..love listening to music n singing(perasan suara best), love photography but cant afford a dslr cam, love felt crAft, love cute things, love scrapbooking but dont hv time to make one..my diet will start 2morrow..uiks?