Wednesday, September 1, 2010

Tema Perayaan : Tanglung..Tanglung!!

t

Assalamualaikum

Minggu ni brillinat aulad bertemakan perayaan..tema kegemaran cikgu Ain sebenarnye..heee..hari ini kami buat Tanglung..semua seronok sgt nak bawak balik, tp cikgu nak gantung kat kelas..nati kita buat lg k..

Step 1: lukis dan warna pada kertas warna..garis-garis tu, untuk memudahkan murid potong nanti..



Step 2: lipat dua kertas dan potong ikut garisan yang cikgu dah bg..lepas tu gamkan..


Finally: siap..jangan lupa gamkan juga sejalur kertas di atas tanglung sbgi tmpt pemegang..

Tanglung dah pun tergantung cantik di kelas ptg td..esok pg2 mesti brilliant aulad teruja tgk..

By the way, esok kami nak buat kuih raya..cornflakes madu..mudah,senang dan sedap!xsabar rsnye..mst brilliant aulad seronok..

Monday, August 30, 2010

Our Beloved Fakhrul

salam

selesai kisah si luqman..kali kisah Fakhrul atau nama penuhnya Ahmad Fakhrullah..sure la brilliant aulad yg boys sume hensem, yang girls plak sume chumil2..

kali ni masih lagi kisah anak lelaki..maklumlah brilliant aulad ade 15 boys yg mcm2 keletah, aksi, celoteh n girls plak ayu2 pendiam belaka..macam cikgu die..hehe
Fakhrul ni pelat sket tp bijak orangnye..ayat biasa yang bleh dgr dlm kelas.."Itu..itu..." itu bukanlah bermaksud 'itu' tetapi 'itu'=cikgu..heee...kadang2 bile die bercerita cikgu n kak tini mesti dgr betul2 utk faham apa yg dia cakap..

Yang bes tentang fakhrul, tulisan dia cantik sgt, kemas sgt n most important, dia sgt pandai melukis yang kita sendri tak terbayang..nanti sy masukkan gamba lukisannya..

Pagi2 dia akan sibuk di meja komputer, konon2 nak menaip..tak pun kat mesin laminate konon2 nak laminate la..mesin laminate ni sentiasa off bila xdigunakan ye..

Gamba di atas tu Fakhrul tgh main peranan dia ni pahlawan la..pembaris kayu keliling pinggang macam pedang..yg manik kayu bergantung di bahu tu ala2 shield kot..hehe

Semoga dgn kreativiti yang ada pada Fakhrul, dia akan berjaya satu ms nati..jd arkitek ke..pereka game PS ke..hee..insyaAllah..

Sunday, August 29, 2010

Anakku..Luqman

Assalamualaikum

Lama tuan brilliant aulad membisu..mungkin xde modal nak tulis ape..nak tulis hasil2 kerja, sy hanya tiru aje hiasan2 yg guru2 lain sebarkan..nak letak lembaran kerja, bukanlah begitu rajin juga sy nak cipta sendiri..hehe..

Akhirnya..ting!dapat satu idea..disaat2 akhir tahun ni..cikgu Ain nak crite pasal anak2..psl brilliant aulad yg mcm2 perangai..boleh,kan?
Lucky No.1........Luqman
No.1 Hensem, No.1 suka kacau org, No.1 suka lukis gamba ikan@haiwan air, klu pasang crite Happy Feet, brp byk kali pun die tak boring..
Tapi klu kena marah ngan cikgu atau kak tini..paling no.1 berasa hati sampai merajuk tak nak makan..sempat cikgu amek gamba..ni bile luqman dah besar, terbaca entri ni, jgn marah cikgu yee..sayang luqman n sume anak2 cikgu..


merajuk xmo makan..puas cikgu pujuk..
tarikh pd gambar tuh slh ye..bukan tarikh sebenar,cikgu xpdi ejas camera kak tini


Wednesday, August 18, 2010

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah 2011


Assalamualaikum

Tarikh/Hari : 18/8/2010
Masa: 1.30 ptg
Tempat : Bilik Gerakan SkJ 08

Alhamdulillah..selesai juga mesyurat pemilihan bakal2 penghuni Brilliant Aulad iaitu bakal anak kedua saya..hehe..

Nervous gak td ms br2 nak g meeting sbb xbese, xtahu, xpdi..naseb bek ade GB, GPK1, GPK Hem, GPK kOKU,cikgu2 dan wakil komuniti yang membantu..Thanx a loads!

Segala pemilihan adalah keputusan muktamad sebulat suara ahli mesyuarat..diharap semua menerima keputusan mesyuarat seadanya..

Cikgu Ain n Kak Tini konon2 sibuk sgt smpi xsmpt amek gamba mesyuarat..hehe

Semoga Cikgu Ain dpt membentuk brilliant aulad dengan lebih baik bagi tahun kedua akan datang..insyaAllah..

Saturday, July 31, 2010

Finger Puppets..


Yeehaa..berjaya wat felt finger puppets!Introducing.....Mr Rooster Senior & the son; Mr Rooster Junior!!

Monday, July 19, 2010

Beautifull Fonts

Salam..

Kadang-kadang bosan dgn font dlm laptop yang ade untuk kegunaan kelas..jadi sambil2 mencari di internet jumpe website yg boleh kita download fonts yang comel2..

Jom tengok..sy dah download byk antaranya : zachary, 4th july, sabrina, toy train, mcm2 lagi yang menarik sampai rambang mata..

Klik di sini untuk mendapatkan font-font menarik!

*Kak Nor bertanyakan cara2 download font, so here r d steps :

  1. Klik di sini
  2. Anda akan jumpe pelbagai pilihan tulisan, kalau nak tgk lagi click pada button next
  3. Contoh, anda memilih font 'Two Turtle Doves'. halakan cursor pada bawah tulisan tu dan click pada button download.save dan tunggu hingga selesai download..
  4. Pada winzip file yang kita save tu, right click, kemudian pilih 'extract here'..kemudian akan keluar ikon 'T' dengan nama font yang kita save tadi.
  5. Copy 'T' tu (sy pun xtaw nak namakan die ape), kemudian pergi ke control panel dlm komputer kite, bahagian fonts..paste kan 'T' yang kita dah copy tadi..
  6. Font siap utk digunakan..slmt mencuba!

Saturday, July 3, 2010

Birthday Bash!!

Mei and June birthday bash!we had 3 cakes in the house!!yummy..



Happy Birthday to brilliant aulad:
  1. Luqman
  2. Allysa
  3. Izzani
  4. Fakhrul
  5. Noh
  6. Farhan Harith
  7. Syukri
giving d the goodies