Wednesday, May 5, 2010

The Frogs and The Chickens..

Berminat sungguh sy dengan gambar hiasan yang ditunjukkan cikgu Fauziah di FBnya..thanx kak gee..lalu sy pun tiru la si katak dan si ayam..tidaklah betul-betul serupa, adalah sedikit perbezaan dan perubahan yang saya buat..

The Reading Frogs ni saya jadikan hiasan pada Kad Suku Kata KV+KV yang diambil dari blog kak Liza http://prasksaa.blogspot.com..Thanx ye,kak.



The Chicky Chicken ini pula saya letakkan 'action words' yang diadaptasi dari slide Kak Adeline http://praskuk.blogspot.com..

Hm, blh tgk kan manfaatnye punya kwn2 blogger cikgu prasekolah..seronok bertukar2 idea..tambah2 pada sy org baru sj menjadi cikgu pra pada tahun ini..tambah lg, sy ni xdela rajin sgt..


khas buat alice yg slalu bertanya tntg hiasan kelas

Tuesday, May 4, 2010

Luv Ice-Cream, Luv Colours..!!

Selepas cikgu Ain datang ke SK Jengka 11, duk menjenguk prasekolah Semaian Subur yg cantik, berkobar2 cikgu nak hias kelas..duk menerawang dlm web sesawang kat oversea (web www.enchantedlearning.com) tentang kindergarten, terjumpa ice cream tinggi ni..terus buat dan terus print..ice-cream ni untuk memperkenalkan warna dan boleh juga diganti dengan nombor klu nak mengajar nombor..

siap dipotong dan laminate, sedia untuk disusun dan ditampal

siapp..!!dgn serangga favourite cikgu; bee & ladybug


Inilah gambar-gambar yang digunakan :


So, tertampal la di kelas Brilliant Aulad ais krim tinggi berwarna-warni ni..sy suka sgt tgk sbb warna-warnanya yang menarik sangat..

Bengkel Mari Bina Blog Zon Jengka

Bengkel Mari Bina Blog Prasekolah Zon Jengka

Hari/Tarikh : 28 April 2010
Tempat : SK (LKTP) Jengka 11

Nampaknya semua prasekolah Zon Jengka sudah ada blog masing-masing..lepas ni kite bolehla saling berhubung melalui blog,kan..maafla Brilliant Aulad belum link semua blog pra zon jengka sbb masalah internet yg tak berapa nak laju ni..hee..



Monday, May 3, 2010

Happy Birthday March & April Cuties



Pada Hari Sabtu 24April 2010, hari ganti sekolah sempena cuti hari raya Aidilfitri, di saat murid darjah 1 hingga 6 sibuk bergotong royong, Brilliant Aulad pula sibuk menyambut hari Lahir empat jejaka iaitu Harith, Shahredza Daniel dan Adam + cikgu..hehe..

  1. Daniel 5 Mac
  2. Harith 13 Mac
  3. Shahredza 28 Mac
  4. Cikgu Ain 31 Mac
  5. Adam 17 April
Cakap banyak pun tak guna, let's pictures tell d story,kan?


Monday, April 19, 2010

Kejohanan Sukan Tahunan SK(LKTP) Jengka 8 2010

Pada Ahad lepas (18 April 2010) berakhir sudah Kejohanan Sukan Tahunan SK (LKTP) Jengka 8 bagi tahun 2010. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan brilliant aulad prasekolah skj8 pun bersemangat sangat lumba lari 40 m, lumba memasukkan gelung ke dalam skitel dan lumba melontar pundi kacang ke dalam bakul walaupun ada yang tidak hadir hari sukan ini.
Cikgu dan ppm pun sempatlah bertungkus lumus menghasilkan topi untuk perbarisan mereka..topi ini sy ambil idea dari kawan2 sepengajian dulu..have a look at these pics..yang ni hasil kwn2 tahun lepas..http://thepreschooltroopers.blogspot.com

So, yang cikgu Ain buat adalah bertemakan serangga..Merah= Ladybug, Hijau=Grasshopper, Kuning = Bee, Biru = Butterfly..enjoy our pics!MyEm0.Com

sempat cikgu color sket2 malam sebelum hari sukan

rumah merah ladybug comel

belalang hijau penuh gaya

lebah kuning yang control macho dan cun

rumah biru butterfly yang steady

Masa raptai perbarisan hari sukan pada jumaat lepas barulah cikgu tahu yang prasekolah juga perlu buat persembahan semasa perbarisan di hadapan astaka n depan VIP..so, kami semua pun menyanyi dan membuat pergerakan lagu Barney & Friends I Love You..harap semua yang menonton terhibur!hehe

Huu..disebabkan cikgu pegang camera n duk bz sgt..cikgu sendiri tak bergamba dgn anak-anak comel ni..huhuhu..MyEm0.Com

Saturday, April 17, 2010

B for Bee, C for Crab, D for Dinosaur

Inilah hasil beberapa alphabet craft brilliant aulad..malangnya, gamba C for Crab ntah hilang ke mana..nanti sy masukkan ye..Sejak belajar alphabet craft ni, masing-masing suka betul menggunakan perkataan yang diajar..contohnya baru2 ni salah seorang murid prasekolah jengka 8 digigit lebah..so, murid-murid lain pun sibuklah buat report kat cikgu.."Cikgu2, ' bee' gigit nasuha.." "Cikgu, nasuha kena gigit dengan 'bee'.." walaupun cikgu ala2 gelabah dgr anak murid kena gigit lebah,tp dlm hati bangga jugak murid-murid guna perkataan 'bee' tuh..hehe




Alhamdulillah, Nasuha yang disengat seekor lebah tidak mengalami kesakitan yang serius,walaupun terpaksa menunggu lama di poliklinik..hu..cikgu pun smpi ngantuk tgg nombor giliran lmbt sgt..Esok harinya, Nasuha aktif seperti biasa dan mcm tiada apa-apa berlaku pada jarinya yang disengat lebah..alahai anak2ku..
MyEm0.Com

Saturday, April 10, 2010

Get Well Soon Erffan

Sudah lebih dua minggu Erffan MC, sebab patah tangan ms cuti sekolah hari tuh..rindu jugak brilliant aulad kat suara serak2 rock si Erffan ni..tambah2 kalau time dia menyanyi lagu Adam&Stacy..hihihi..

Kami doakan Erffan cepat sembuh dan boleh sm2 belajar..