Assalamualaikum
Saya sedang mencari bahan untuk dibentangkan di kelas selepas cuti raya nanti yang berkaitan dengan tekanan emosi kanak-kanak. Lalu terjumpa dengan artikel ini...semoga menjadi panduan semua..
BAGAIMANA MEMBANTU KANAK-KANAK MENANGANI TEKANAN
Oleh sebab tekanan tidak dapat dielakkan, beberapa cara boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif. Berikut beberapa cadangan bagi membantu anak menghadapi tekanan:
Bercakap secara langsung dengan anak anda apabila apabila anda dapat mengesan tanda-tanda bahawa anak anda mengalami tekanan seperti ”Mama nampak Man macam tak happy je....ada apa apa berlaku di sekolah tadi ke?
Tunjukkan bahawa anda bersimpati , mengambil berat dan cuba memahami perasaannya.
Dengar apa yang akan diceritakan oleh anak anda. Dengar dengan penuh minat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih saying. Cuba elak dari mencelah , mengkritik atau menyalahkan atau memarahinya semasa dia bercerita. Tujuan adalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya.
Cuba dapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang cuba disampaikan oleh anak anda dengan bertanya soalan seperti “kemudian apa berlaku…dsb. Beri masa pada anak untuk bercerita
Cuba beri komen ringkas tentang perasaan yang dialami oleh anak…seperti..” Memang patutlah adik sedih sebab adik tak dibenarkan main tadi ! Atau “Patutlah adik marah sebab barang adik dah dirosakkan! Situasi ini menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memahami kenapa dia berperasaan begitu dan anda mengambil berat tentang dirinya.
Bantu anak mengnalpasti perkataan yang sesuai untuk meluahkan persaan yang dialami.....seperti marah, cemburu, sedih, geram dan sebagainya. Menyatakan perasaan yang dialami secara lisan dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran Kesedaran terhadap emosi (emotional awareness) iaitu kebolehan mengenali emosi sendiri.
Cuba alih perhatian anak anda dengan melakukan beberapa aktiviti yang boleh menggembirakannya.
Dr Mahani Razali
Malim Sarjana, UPSI
http://mahani-careandeducate.blogspot.com
*Banyak lagi yang menarik di blog dr mahani ini untuk rujukan bersama..
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment