Friday, September 18, 2009

Menangani tekanan anak-anak

Assalamualaikum

Saya sedang mencari bahan untuk dibentangkan di kelas selepas cuti raya nanti yang berkaitan dengan tekanan emosi kanak-kanak. Lalu terjumpa dengan artikel ini...semoga menjadi panduan semua..

BAGAIMANA MEMBANTU KANAK-KANAK MENANGANI TEKANANMyEm0.Com

Oleh sebab tekanan tidak dapat dielakkan, beberapa cara boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif. Berikut beberapa cadangan bagi membantu anak menghadapi tekanan:


Bercakap secara langsung dengan anak anda apabila apabila anda dapat mengesan tanda-tanda bahawa anak anda mengalami tekanan seperti ”Mama nampak Man macam tak happy je....ada apa apa berlaku di sekolah tadi ke?

Tunjukkan bahawa anda bersimpati , mengambil berat dan cuba memahami perasaannya.
Dengar apa yang akan diceritakan oleh anak anda. Dengar dengan penuh minat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih saying. Cuba elak dari mencelah , mengkritik atau menyalahkan atau memarahinya semasa dia bercerita. Tujuan adalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya.

Cuba dapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang cuba disampaikan oleh anak anda dengan bertanya soalan seperti “kemudian apa berlaku…dsb. Beri masa pada anak untuk bercerita

Cuba beri komen ringkas tentang perasaan yang dialami oleh anak…seperti..” Memang patutlah adik sedih sebab adik tak dibenarkan main tadi ! Atau “Patutlah adik marah sebab barang adik dah dirosakkan! Situasi ini menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memahami kenapa dia berperasaan begitu dan anda mengambil berat tentang dirinya.

Bantu anak mengnalpasti perkataan yang sesuai untuk meluahkan persaan yang dialami.....seperti marah, cemburu, sedih, geram dan sebagainya. Menyatakan perasaan yang dialami secara lisan dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran Kesedaran terhadap emosi (emotional awareness) iaitu kebolehan mengenali emosi sendiri.

Cuba alih perhatian anak anda dengan melakukan beberapa aktiviti yang boleh menggembirakannya.


Dr Mahani Razali
Malim Sarjana, UPSI
http://mahani-careandeducate.blogspot.com

*Banyak lagi yang menarik di blog dr mahani ini untuk rujukan bersama..


Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Brilliant Aulad mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir&batin kepada semua umat Islam..

Hujan Dah Turun

Assalamualaikum..

Pkul 4 lebih pagi tadi hujan dengan lebat..pemilik brilliant aulad pon tiba-tiba rajin wat research utk aktiviti prasekolah dan terjumpa di web luar negara bagaimana mereka ajar kanak-kanak tentang hujan..

Aktiviti 1: BOLA-BOLA KAPAS & AIR


Bahan-Bahan : Cotton Ball dan air diisi ke dalam bekas

1.Beri setiap murid cotton ball dan minta mereka pegang dan rasa kapas tersebut..ringan atau berat, lembut atau kasar. Cotton ball ini diumpamakan seperti awan.
2. Seterusnya, minta murid-murid membasahkan "awan" (cotton ball) dengan air yang sejuk. Jelaskan bagaimana air dari daratan naik ke atas langit dan membentuk awan di langit.Minta mereka terangkan apa pula yang terjadi bila kapas basah, berat atau ringan. Begitulah juga apabila awan dipenuhi dengan air.
3. Seterusnya, minta mereka perhatikan apa yang terjadi pada "awan" apabila penuh dengan air. Ya, air pada kapas sedang menitik seperti hujan! Mengapa turunnya hujan? Kerana awan tidak dapat lagi menampung air yang banyak yang terlampau berat.Lalu terjadilah hujan..



Aktiviti 2 : Menyanyi!

English Language


Bahasa Malaysia:

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama angin apa sebab goncang
Nanti jawab angin tanyalah awan
Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Lihat dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang...



Aktiviti 3 : menulis U for Umbrella..time hujan kena pakai payung,kan..




Akhirnya..selesaila pengajaran hari ini..seronokkan?MyEm0.ComKita belajar sains, menyanyi, menulis, bermain bersama rakan dan macam-macam lagi..


Thursday, September 3, 2009

~Fancy Face Sandwich~

Assalamualaikum..

Pemilik brilliant aulad memang suka buat aktiviti menggunakan makanan..bukan apa, saya rasa memang seronok bila aktiviti melibatkan makanan.secara tidak langsung mereka diajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti masak-memasak.bolehlah tolong ibu di rumah..MyEm0.Com

~Fancy Face Sandwich~ merupakan satu idea yang saya ambil daripada sebuah buku pengajaran bertema daripada oversea. tidak ingat tajuknya, dan memang bukunya sangat tebal dan banyak idea menarik.

Sebelum ini aktiviti menulis perkataan pada cookies melibatkan bahasa murid-murid, kali ini fancy face sandwich melibatkan komponen kognitif. Dalam kurikulum prasekolah, terletak dibawah tajuk 9.1.1 Menyusun peristiwa mengikut urutan.

Peristiwa di sini melibatkan langkah-langkah bagi pembuatan sandwich:

1. Mencuci tangan
2. Menyapu peanut butter/ kaya di permukaan roti
3. Meletakkan mata(kacang peas), hidung (carrot yang dipotong panjang2), mulut (kismis) dan rambut(aising).
4. Menutup makanan yang dihasilkan dengan tudung saji/penutup makanan
5. Membersihkan semula tangan.


So, kita boleh ajar mereka membuat sesuatu mengikut urutan yang betul..selain itu, mereka dapat menguasai motor halus ketika meletakkan bahan-bahan sandwich. Mereka juga belajar berkongsi bahan-bahan saperti aising dan sudu.

Lepas dah siap, bolehlah sandwich dimakan!SEDAPPP..





MyEm0.Com

Friday, July 31, 2009

menulis menggunakan aising..yay..

salam..

khamis yg lepas sy telah jalankan satu aktiviti untuk murid saya..ade 3 aktiviti iaitu aktvt kump, tp 1 aktvt yg sy rskan menarik utk dikongsi bersama..

Kami bermain dengan cookies, aising dan piping bag..!yay..

Saya menempah aising pelbagai warna dalam piping bag..setiap murid guna satu piping bag..

Setiap orang perlu menulis satu huruf menggunakan aising di atas cookies..bes x?hehe..tp mmg memerlukan bimbingan yg lebih sket bile buat aktvt ni, sbb bdak2 masih sdg belajar utk picit piping bag tuh..seelok-eloknya piping bag xpayah besar sgtla..

Hmm..ckp byk pon xguna..tgk gambar sajalah..
husna, rakan sy sedang tolong jaga n guide murid guna aising

tadaa...hasilnya..perkataan 'jururawat'..yg dlm bekas kecik tuh perkataan 'chef'

Saturday, May 30, 2009

Mengira Sambil Bermain

MyEm0.comAssalamualaikum..


Pemilik brilliant aulad mmg kurang cekal n tekal mengaktifkan brilliant aulad..maaf ye..

MyEm0.CoM

Baikk..kali ni..jom kita mengenal nombor dan mengira..senang saja..







Baru2 ni sy membeli hadiah hari jadi buat afif my nephew..sdg2 mencari2..terjumpa magnetic dart..wah, menarik..lebih kurang begini rupanya..


Comel,kan?MyEm0.comtp hadiah utk si afif bergambar ultraman..sy xsempat ambil gambar dart afif sbb kelam kabut nak balik kampung lepas aje bagi dia adiah..

Seperti yg dpt kita lihat pada dart hello kitty ni, ade belon2 yg pelbagai warna..bolehla bermain dart sambil memilih warna yg anak2 kita mahu..xsedar aje, anak kita dapat kenal warna kan? Paling penting, bolehlah bermain nombor dengan anak-anak atau murid kita..bermainlah dart seperti biasa..tuliskan skor markah..dan..kiralah markah itu bersama-sama..senang bukan..secara xlangsung, anak-anak kita mengenal nombor dan mengira semasa mereka bermain..

Yg menariknya, arrow dia tidak berbahaya n tidak tajam..sebab die guna magnet dihujungnya..

Itu shj kali ini..selamat bermain!MyEm0.com

Monday, May 4, 2009

KiTcHeN TiMe!

Assalamualaikum.

Lama sudah pemilik brilliant aulad bercuti..ramai juga sudah bertanya. Kali ini tadika ini beroperasi semula. Seaktif yg boleh, pemilik akan cuba berusaha walaupun agak sibuk dengan tesis. Terima kasih kepada kawan-kawan yg baru menjadi pengikut brilliant aulad. Kepada pengikut yg lama, sekalung kasih sayang.

Kali ini adalah KITCHEN TIME!! Mari kita di dapur bersama kanak-kanak, membuat cookies..YAYYA!!

1. Kebersihan : sebelum membuat cookies, perlu membasuh tangan. Selepas pula perlu dibersihkan kawasan yang kotor.

2. Kekemasan
: Mari mengemas bersama-sama selepas menggunakan dapur!

3. Kesabaran
: Aktiviti di dapur memerlukan kesabaran yang tinggi terutama ketika menghasilkan sesuatu yang sukar seperti menghias kek@cookies.

4. Ke
rjasama : Mari menyanyi lagu WonderPet. Apa yg penting?Kerjasama.Ya, bekerjasama dlm kumpulan di dapur. Jika tidak, habislah dapur berselerak.

Ini merupakan aktiviti yang pernah dibuat bersama guru dan pembantu guru di prasekolah SK Presint 11(1) semasa bulan puasa. Ya, kami buat kuih raya. Mudah sahaja:

i. Beli mana-mana cookies yg kosong, biskut biasa juga boleh

ii. Beli coklat bar yg digunakan dalam masakan kek @ biskut iii. Sediakan plastik putih yg dipotong bucunya utk dijadikan piping bag
coklat yg dicairkan dan akan dimasukkan ke dalam plastik


iv. Letakkan cookies dlm pinggan dan diagihkan kepada kanak-kanak yg telah berada dlm kumpulan.


kanak-kanak yg sedang teruja melihat cookies

v. Isikan coklat yg telah dicairkan dlm piping bag td dan diberikan kepada kanak-kanak sama ada individu atau kumpulan. Klu diberi individu, banyak yang setiap orang dpt buat, klu diberi dlm kumpulan pula, boleh melatih bekerjasama

vi. Ajar kanak-kanak menggunakan piping bag, tekan piping bag untuk mengeluarkan coklat




vii. Hias Cookies dengan coklat. boleh dijuga ditambah dgn manik gula. SIAP!!



*Mungkin ada rupa cookies yg tidak berapa cantik, tp kanak-kanak byk belajar ketika ini. Anda juga boleh ajar bagaimana mahu cookies lebih kemas dan menarik. Tp tak perlu dipaksa, kebolehan mereka berbeza. SELAMAT MENCUBA bersama murid ataupun anak-anak!