Wednesday, October 21, 2009

Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah

Assalamualaikum..

Check this out!MyEm0.Com

Tajuk : Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah
Penulis : Surayah Zaidon& Haslinda Md. Ali
Harga : Sem.Msia RM18.50, Sbh/Srwak RM 20.50


~Buku ini memberi panduan kepada guru prasekolah tentang penilaian yang perlu dilaksanakan kpd murid-murid tersayang bagi mengesan perkembangan murid dalam tiga domain utama ; afektif, psikomotor dan kognitif.

*dah lama pemilik brilliant aulad mencari buku tentang penilaian, akhirnya berjumpa dan terus beli..mmg berbaloi membelinya.

Thursday, October 8, 2009

Mahu Berkebun?


Assalamualaikum..

Dah 2mgg brilliant aulad xupdate..dlm pada itu juga, brilliant aulad dah jupe byk blog2 cikgu2 prasekolah yg hebat2 belaka..ni yg buat pemilik brilliant aulad xsabar2 nak jadi cikgu prasekolah. Doakan saya ye..InsyaAllah tahun depan mula mengajar.

Kali ini, brilliant aulad memaparkan aktiviti berkaitan berkebun..klu ikut tema, boleh digunakan dalam tema tumbuhan atau pekerjaan(tukang kebun, petani)..Aktiviti ni saya dapat drpd buku aktiviti di luar negara yang pernah diberikan oleh pensyarah saya.So, Check It Out!

Aktiviti 1 – “APA DI DALAM KOTAK?”

i. Sebuah kotak diisikan dengan pelbagai bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, bunga, buah dan kelopak bunga.

ii. Kotak tersebut dibuat lubang agar murid boleh memasukkan tangan ke dalamnya.

iii. Murid memasukkan tangan, merasa bahagian tumbuhan dalam kotak dan mengenalpasti nama bahagian tersebut tanpa melihatnya.


Aktiviti 2 – “KUASA SANG MATAHARI”

i. Benih ditanam di dalam dua bekas yang mempunyai tanah setinggi setengah inci.

ii. Satu bekas ditempatkan di dalam tempat yang gelap seperti almari dan tidak disiram.

iii. Satu bekas lagi diletakkan di kawasan cahaya matahari dan disiram setiap hari.

iv. Tanaman di dalam bekas manakah yang tumbuh segar?Mengapa?

Aktiviti 3 – “CANTIKNYA TAMAN BUNGA”

i. Dalam aktiviti ini, setiap murid akan menanam sejenis bunga.

ii. Setiap murid dibekalkan dengan cawan kertas yang tertulis nama masing-masing di atasnya.

iii. Satu ceduk tanah di berikan pada setiap murid untuk dimasukkan ke dalam cawan masing-masing.

iv. Kemudian, setiap murid diberi peluang memilih benih bunga yang disukai tanpa mengetahui benih bunga apakah itu.

v. Pastikan plastik-plastik benih tidak dibuang. Plastik-plastik benih yang mengandungi gambar itu ditampal di atas kertas manila.

vi. Murid diberi tanggungjawab untuk menanam benih tersebut, menyiram dan menjaganya.

vii. Apabila pokok telah tumbuh, murid perlu mengenalpasti nama pokok tersebut dengan membandingkan pokok tersebut dengan gambar yang terdapat pada plastik-plastik benih yang guru simpan tadi.

Aktiviti 4 – PEKEBUN YANG BIJAKSANA

i. Seorang murid berlakon sebagai seorang pekebun dan seorang murid sebagai matahari yang memakai topeng matahari.

ii. Dua orang murid melakonkan watak pokok bunga dengan memakai kostum kostum bunga atau topeng bunga.

iii. Bunga 1 merupakan bunga yang gembira kerana tumbuh mekar di waktu pagi di kawasan yang mendapat cahaya matahari.

iv. Bunga 1 juga sentiasa disiram oleh pekebun.

v. Bunga 2 merupakan bunga yang tinggal di dalam rumah yang gelap. Bunga 2 sangat sedih dan mengadu kepada pekebun.

vi. Bagaimana pekebun mahu menyelesaikan masalah tersebut?

vii. Setelah berbincang bersama rakan-rakan lain, pekebun mencari jalan penyelesaian dengan menyiram Bunga 2 dan membawa Bunga 2 keluar ke kawasan cahaya matahari.


*terima kasih kepada cikgu2 prasekolah yg banyak memberikan sokongan kpd brilliant aulad!