Sunday, November 1, 2009

Doktor Gigi 1

Assalamualaikum..

Apa khabar semua..?lama xberjumpa kan?kali ini pemilik brilliant aulad kembali..sudah lebih seminggu rasenya xupdate berbanding mata hari, blog catatan kehidupan saya..hehe..kepada kak liza, kak ynty, dan cikgu2 lain yang setia menyinggah di brilliant aulad, sy ucapkan terima kasih daun keladi, free2 datanglah lagi..hehe..

Kali ni saya nak ajak membuat Ubat Gigi..saya xpernah buat pon sebenarnye..MyEm0.Comtp sy dapat idea ni daripada sebuah buku yang sentiasa menjadi rujukan sy..buku dr oversea, sepertimana idea bagi tukang kebun..owh, byk pasal pekerjaan,kan..sbb skang pemilik brilliant aulad sdg baru2 nak berkecimpung dlm penulisan buku..sdg mencuba membuat buku aktiviti utk prasekolah bg tema pekerjaan..ini pun atas sokongan drpd puan surayah. Doakanlah pemilik brilliant aulad dan rakan-rakan berjaya ya!




Aktiviti Doktor Gigi 1: Membuat Ubat Gigi

1. Masukkan 4 sudu serbuk penaik (baking soda), 1 sudu garam, dan 1 sudu air ke dalam beg plastik.

2.Bahan-bahan ini dicampurkan dan digaulkan sehingga sebati.

3. Satu titis perasa seperti peppermint, mint, oren, anggur atau apa shj dimasukkan ke dalam sebatian tadi bagi memberikan bau dan rasa yang menarik.

4. Siap!!Bolehlah dibuat pelbagai rasa, dan rasanya boleh dicampur-campur..

*InsyaAllah pemilik brilliant aulad akan cuba buat dlm masa terdekat, nati sy bgtahu jadi atau tidak ya!MyEm0.Com

*Nantikan aktiviti Doktor Gigi 2, 3 dan 4 dalam entry seterusnya k!

Wednesday, October 21, 2009

Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah

Assalamualaikum..

Check this out!MyEm0.Com

Tajuk : Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah
Penulis : Surayah Zaidon& Haslinda Md. Ali
Harga : Sem.Msia RM18.50, Sbh/Srwak RM 20.50


~Buku ini memberi panduan kepada guru prasekolah tentang penilaian yang perlu dilaksanakan kpd murid-murid tersayang bagi mengesan perkembangan murid dalam tiga domain utama ; afektif, psikomotor dan kognitif.

*dah lama pemilik brilliant aulad mencari buku tentang penilaian, akhirnya berjumpa dan terus beli..mmg berbaloi membelinya.

Thursday, October 8, 2009

Mahu Berkebun?


Assalamualaikum..

Dah 2mgg brilliant aulad xupdate..dlm pada itu juga, brilliant aulad dah jupe byk blog2 cikgu2 prasekolah yg hebat2 belaka..ni yg buat pemilik brilliant aulad xsabar2 nak jadi cikgu prasekolah. Doakan saya ye..InsyaAllah tahun depan mula mengajar.

Kali ini, brilliant aulad memaparkan aktiviti berkaitan berkebun..klu ikut tema, boleh digunakan dalam tema tumbuhan atau pekerjaan(tukang kebun, petani)..Aktiviti ni saya dapat drpd buku aktiviti di luar negara yang pernah diberikan oleh pensyarah saya.So, Check It Out!

Aktiviti 1 – “APA DI DALAM KOTAK?”

i. Sebuah kotak diisikan dengan pelbagai bahagian tumbuhan seperti akar, batang, daun, bunga, buah dan kelopak bunga.

ii. Kotak tersebut dibuat lubang agar murid boleh memasukkan tangan ke dalamnya.

iii. Murid memasukkan tangan, merasa bahagian tumbuhan dalam kotak dan mengenalpasti nama bahagian tersebut tanpa melihatnya.


Aktiviti 2 – “KUASA SANG MATAHARI”

i. Benih ditanam di dalam dua bekas yang mempunyai tanah setinggi setengah inci.

ii. Satu bekas ditempatkan di dalam tempat yang gelap seperti almari dan tidak disiram.

iii. Satu bekas lagi diletakkan di kawasan cahaya matahari dan disiram setiap hari.

iv. Tanaman di dalam bekas manakah yang tumbuh segar?Mengapa?

Aktiviti 3 – “CANTIKNYA TAMAN BUNGA”

i. Dalam aktiviti ini, setiap murid akan menanam sejenis bunga.

ii. Setiap murid dibekalkan dengan cawan kertas yang tertulis nama masing-masing di atasnya.

iii. Satu ceduk tanah di berikan pada setiap murid untuk dimasukkan ke dalam cawan masing-masing.

iv. Kemudian, setiap murid diberi peluang memilih benih bunga yang disukai tanpa mengetahui benih bunga apakah itu.

v. Pastikan plastik-plastik benih tidak dibuang. Plastik-plastik benih yang mengandungi gambar itu ditampal di atas kertas manila.

vi. Murid diberi tanggungjawab untuk menanam benih tersebut, menyiram dan menjaganya.

vii. Apabila pokok telah tumbuh, murid perlu mengenalpasti nama pokok tersebut dengan membandingkan pokok tersebut dengan gambar yang terdapat pada plastik-plastik benih yang guru simpan tadi.

Aktiviti 4 – PEKEBUN YANG BIJAKSANA

i. Seorang murid berlakon sebagai seorang pekebun dan seorang murid sebagai matahari yang memakai topeng matahari.

ii. Dua orang murid melakonkan watak pokok bunga dengan memakai kostum kostum bunga atau topeng bunga.

iii. Bunga 1 merupakan bunga yang gembira kerana tumbuh mekar di waktu pagi di kawasan yang mendapat cahaya matahari.

iv. Bunga 1 juga sentiasa disiram oleh pekebun.

v. Bunga 2 merupakan bunga yang tinggal di dalam rumah yang gelap. Bunga 2 sangat sedih dan mengadu kepada pekebun.

vi. Bagaimana pekebun mahu menyelesaikan masalah tersebut?

vii. Setelah berbincang bersama rakan-rakan lain, pekebun mencari jalan penyelesaian dengan menyiram Bunga 2 dan membawa Bunga 2 keluar ke kawasan cahaya matahari.


*terima kasih kepada cikgu2 prasekolah yg banyak memberikan sokongan kpd brilliant aulad!



Friday, September 18, 2009

Menangani tekanan anak-anak

Assalamualaikum

Saya sedang mencari bahan untuk dibentangkan di kelas selepas cuti raya nanti yang berkaitan dengan tekanan emosi kanak-kanak. Lalu terjumpa dengan artikel ini...semoga menjadi panduan semua..

BAGAIMANA MEMBANTU KANAK-KANAK MENANGANI TEKANANMyEm0.Com

Oleh sebab tekanan tidak dapat dielakkan, beberapa cara boleh dilakukan oleh ibu bapa dan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif. Berikut beberapa cadangan bagi membantu anak menghadapi tekanan:


Bercakap secara langsung dengan anak anda apabila apabila anda dapat mengesan tanda-tanda bahawa anak anda mengalami tekanan seperti ”Mama nampak Man macam tak happy je....ada apa apa berlaku di sekolah tadi ke?

Tunjukkan bahawa anda bersimpati , mengambil berat dan cuba memahami perasaannya.
Dengar apa yang akan diceritakan oleh anak anda. Dengar dengan penuh minat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih saying. Cuba elak dari mencelah , mengkritik atau menyalahkan atau memarahinya semasa dia bercerita. Tujuan adalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya.

Cuba dapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang cuba disampaikan oleh anak anda dengan bertanya soalan seperti “kemudian apa berlaku…dsb. Beri masa pada anak untuk bercerita

Cuba beri komen ringkas tentang perasaan yang dialami oleh anak…seperti..” Memang patutlah adik sedih sebab adik tak dibenarkan main tadi ! Atau “Patutlah adik marah sebab barang adik dah dirosakkan! Situasi ini menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memahami kenapa dia berperasaan begitu dan anda mengambil berat tentang dirinya.

Bantu anak mengnalpasti perkataan yang sesuai untuk meluahkan persaan yang dialami.....seperti marah, cemburu, sedih, geram dan sebagainya. Menyatakan perasaan yang dialami secara lisan dapat membantu anak anda mengembangkan kemahiran Kesedaran terhadap emosi (emotional awareness) iaitu kebolehan mengenali emosi sendiri.

Cuba alih perhatian anak anda dengan melakukan beberapa aktiviti yang boleh menggembirakannya.


Dr Mahani Razali
Malim Sarjana, UPSI
http://mahani-careandeducate.blogspot.com

*Banyak lagi yang menarik di blog dr mahani ini untuk rujukan bersama..


Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Brilliant Aulad mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir&batin kepada semua umat Islam..

Hujan Dah Turun

Assalamualaikum..

Pkul 4 lebih pagi tadi hujan dengan lebat..pemilik brilliant aulad pon tiba-tiba rajin wat research utk aktiviti prasekolah dan terjumpa di web luar negara bagaimana mereka ajar kanak-kanak tentang hujan..

Aktiviti 1: BOLA-BOLA KAPAS & AIR


Bahan-Bahan : Cotton Ball dan air diisi ke dalam bekas

1.Beri setiap murid cotton ball dan minta mereka pegang dan rasa kapas tersebut..ringan atau berat, lembut atau kasar. Cotton ball ini diumpamakan seperti awan.
2. Seterusnya, minta murid-murid membasahkan "awan" (cotton ball) dengan air yang sejuk. Jelaskan bagaimana air dari daratan naik ke atas langit dan membentuk awan di langit.Minta mereka terangkan apa pula yang terjadi bila kapas basah, berat atau ringan. Begitulah juga apabila awan dipenuhi dengan air.
3. Seterusnya, minta mereka perhatikan apa yang terjadi pada "awan" apabila penuh dengan air. Ya, air pada kapas sedang menitik seperti hujan! Mengapa turunnya hujan? Kerana awan tidak dapat lagi menampung air yang banyak yang terlampau berat.Lalu terjadilah hujan..



Aktiviti 2 : Menyanyi!

English Language


Bahasa Malaysia:

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama angin apa sebab goncang
Nanti jawab angin tanyalah awan
Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Lihat dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang...



Aktiviti 3 : menulis U for Umbrella..time hujan kena pakai payung,kan..




Akhirnya..selesaila pengajaran hari ini..seronokkan?MyEm0.ComKita belajar sains, menyanyi, menulis, bermain bersama rakan dan macam-macam lagi..


Thursday, September 3, 2009

~Fancy Face Sandwich~

Assalamualaikum..

Pemilik brilliant aulad memang suka buat aktiviti menggunakan makanan..bukan apa, saya rasa memang seronok bila aktiviti melibatkan makanan.secara tidak langsung mereka diajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti masak-memasak.bolehlah tolong ibu di rumah..MyEm0.Com

~Fancy Face Sandwich~ merupakan satu idea yang saya ambil daripada sebuah buku pengajaran bertema daripada oversea. tidak ingat tajuknya, dan memang bukunya sangat tebal dan banyak idea menarik.

Sebelum ini aktiviti menulis perkataan pada cookies melibatkan bahasa murid-murid, kali ini fancy face sandwich melibatkan komponen kognitif. Dalam kurikulum prasekolah, terletak dibawah tajuk 9.1.1 Menyusun peristiwa mengikut urutan.

Peristiwa di sini melibatkan langkah-langkah bagi pembuatan sandwich:

1. Mencuci tangan
2. Menyapu peanut butter/ kaya di permukaan roti
3. Meletakkan mata(kacang peas), hidung (carrot yang dipotong panjang2), mulut (kismis) dan rambut(aising).
4. Menutup makanan yang dihasilkan dengan tudung saji/penutup makanan
5. Membersihkan semula tangan.


So, kita boleh ajar mereka membuat sesuatu mengikut urutan yang betul..selain itu, mereka dapat menguasai motor halus ketika meletakkan bahan-bahan sandwich. Mereka juga belajar berkongsi bahan-bahan saperti aising dan sudu.

Lepas dah siap, bolehlah sandwich dimakan!SEDAPPP..





MyEm0.Com

Friday, July 31, 2009

menulis menggunakan aising..yay..

salam..

khamis yg lepas sy telah jalankan satu aktiviti untuk murid saya..ade 3 aktiviti iaitu aktvt kump, tp 1 aktvt yg sy rskan menarik utk dikongsi bersama..

Kami bermain dengan cookies, aising dan piping bag..!yay..

Saya menempah aising pelbagai warna dalam piping bag..setiap murid guna satu piping bag..

Setiap orang perlu menulis satu huruf menggunakan aising di atas cookies..bes x?hehe..tp mmg memerlukan bimbingan yg lebih sket bile buat aktvt ni, sbb bdak2 masih sdg belajar utk picit piping bag tuh..seelok-eloknya piping bag xpayah besar sgtla..

Hmm..ckp byk pon xguna..tgk gambar sajalah..
husna, rakan sy sedang tolong jaga n guide murid guna aising

tadaa...hasilnya..perkataan 'jururawat'..yg dlm bekas kecik tuh perkataan 'chef'

Saturday, May 30, 2009

Mengira Sambil Bermain

MyEm0.comAssalamualaikum..


Pemilik brilliant aulad mmg kurang cekal n tekal mengaktifkan brilliant aulad..maaf ye..

MyEm0.CoM

Baikk..kali ni..jom kita mengenal nombor dan mengira..senang saja..







Baru2 ni sy membeli hadiah hari jadi buat afif my nephew..sdg2 mencari2..terjumpa magnetic dart..wah, menarik..lebih kurang begini rupanya..


Comel,kan?MyEm0.comtp hadiah utk si afif bergambar ultraman..sy xsempat ambil gambar dart afif sbb kelam kabut nak balik kampung lepas aje bagi dia adiah..

Seperti yg dpt kita lihat pada dart hello kitty ni, ade belon2 yg pelbagai warna..bolehla bermain dart sambil memilih warna yg anak2 kita mahu..xsedar aje, anak kita dapat kenal warna kan? Paling penting, bolehlah bermain nombor dengan anak-anak atau murid kita..bermainlah dart seperti biasa..tuliskan skor markah..dan..kiralah markah itu bersama-sama..senang bukan..secara xlangsung, anak-anak kita mengenal nombor dan mengira semasa mereka bermain..

Yg menariknya, arrow dia tidak berbahaya n tidak tajam..sebab die guna magnet dihujungnya..

Itu shj kali ini..selamat bermain!MyEm0.com

Monday, May 4, 2009

KiTcHeN TiMe!

Assalamualaikum.

Lama sudah pemilik brilliant aulad bercuti..ramai juga sudah bertanya. Kali ini tadika ini beroperasi semula. Seaktif yg boleh, pemilik akan cuba berusaha walaupun agak sibuk dengan tesis. Terima kasih kepada kawan-kawan yg baru menjadi pengikut brilliant aulad. Kepada pengikut yg lama, sekalung kasih sayang.

Kali ini adalah KITCHEN TIME!! Mari kita di dapur bersama kanak-kanak, membuat cookies..YAYYA!!

1. Kebersihan : sebelum membuat cookies, perlu membasuh tangan. Selepas pula perlu dibersihkan kawasan yang kotor.

2. Kekemasan
: Mari mengemas bersama-sama selepas menggunakan dapur!

3. Kesabaran
: Aktiviti di dapur memerlukan kesabaran yang tinggi terutama ketika menghasilkan sesuatu yang sukar seperti menghias kek@cookies.

4. Ke
rjasama : Mari menyanyi lagu WonderPet. Apa yg penting?Kerjasama.Ya, bekerjasama dlm kumpulan di dapur. Jika tidak, habislah dapur berselerak.

Ini merupakan aktiviti yang pernah dibuat bersama guru dan pembantu guru di prasekolah SK Presint 11(1) semasa bulan puasa. Ya, kami buat kuih raya. Mudah sahaja:

i. Beli mana-mana cookies yg kosong, biskut biasa juga boleh

ii. Beli coklat bar yg digunakan dalam masakan kek @ biskut iii. Sediakan plastik putih yg dipotong bucunya utk dijadikan piping bag
coklat yg dicairkan dan akan dimasukkan ke dalam plastik


iv. Letakkan cookies dlm pinggan dan diagihkan kepada kanak-kanak yg telah berada dlm kumpulan.


kanak-kanak yg sedang teruja melihat cookies

v. Isikan coklat yg telah dicairkan dlm piping bag td dan diberikan kepada kanak-kanak sama ada individu atau kumpulan. Klu diberi individu, banyak yang setiap orang dpt buat, klu diberi dlm kumpulan pula, boleh melatih bekerjasama

vi. Ajar kanak-kanak menggunakan piping bag, tekan piping bag untuk mengeluarkan coklat




vii. Hias Cookies dengan coklat. boleh dijuga ditambah dgn manik gula. SIAP!!



*Mungkin ada rupa cookies yg tidak berapa cantik, tp kanak-kanak byk belajar ketika ini. Anda juga boleh ajar bagaimana mahu cookies lebih kemas dan menarik. Tp tak perlu dipaksa, kebolehan mereka berbeza. SELAMAT MENCUBA bersama murid ataupun anak-anak!

Wednesday, March 18, 2009

25 Rasul

Assalamualaikum..
Mari sama-sama kita mengenal 25 Rasul dengan nasyid ini..insyaAllah

Thursday, February 26, 2009

Siri Awal Tulis oleh Pn Surayah


~^-^~Hari semalam 26 Feb 09 sy menghadiri pelancaran Siri Awal Tulis untuk kanak-kanak berusia lingkungan 4 hingga 6 tahun..apa yang menarik, siri ini dihasilkan oleh lecturer sy, Pn Surayah Zaidon..pada pandangan sy memang buku ini perlu dibeli oleh guru sebagai panduan untuk mengajar kanak-kanak menulis dengan betul..untuk ibu bapa yang prihatin pula,dh tentu berbaloi kerana hasilnya, tulis anak-anak akan cantik..tidaklah seperti cakar ayam kerana anak-anak melalui proses yang sistematik dan betul untuk menulis..secara berperingkat daripada mudah kepada senang..
Seperti dlm gambar ini, ada 4 siri buku ini iaitu; 1. Garisan-garisan asas, 2.Menulis huruf besar, 3. Menulis huruf kecil & 4. Menulis nombor. Satu set siri ini berharga RM22.50..wah..kira promotion jugak ni ye Pn Surayah..hehe..sy dah tempah dgn penulis buku ini..tak lama lagi dapatla..insyaAllah...ingat nak beli juga untuk afif anak sedara saya satu set..

Yay..Kampung Bentuk!Shapes Village!

Assalamualaikum..sudah lama brilliant aulad berehat..kini tiba masa untuk muncul semula..Yayyay..kali ini untuk memperkenalkan bentuk kepada kanak-kanak..hm..penat sy mencari bahan yg menarik dan hands-on..akhirnya..inilah die..Kampung Bentuk!




Bahan-bahan:
  1. Kadbod/mounting board
  2. Gunting
  3. Gam
  4. Kertas pelbagai warna
  5. Selofan tape
Cara membuatnya:^_^
  1. Gunakan kertas berwarna kuning sebagai matahari. Lukis bulatan dan potong bentuk itu. Tampalkan pada kadbod/mounting board
  2. Lukis dan potong pula bentuk awan pada kertas biru. Tampalkan pada kadbod.
  3. Potong kertas berwarna hijau supaya berbentuk kotak untuk dijadikan rumah dan atap. Tampalkan di atas kadbod.
  4. Potong kertas ungu bagi membuat pintu berbentuk segiempat tepat(rectangle).
  5. Seterusnya buat rumah kedua dengan bentuk segiempat tepat pula..lukis dan potong bentuk segiempat tepat menggunakan kertas ungu. potong sebanyak dua keping ye..untuk rumah dan atap.Lekatkan di atas kadbod.
  6. Pintu pula, potong bentuk segitiga(rectangle) pada kertas berwarna hijau untuk dibuat pintu rumah
  7. Potong pula kertas merah kepada bentuk bulat untuk dijadikan atap dan lantai. Untuk menghasilkan 'badan' rumah,potong kertas merah berbentuk segiempat tepat kemudian gulungkan agar menjadi bentuk silinder.
  8. Kemudian, sebagai pintu, potong pula kertas berwarna kuning untuk dijadikan pintu rumah..yay!
  9. Selepas itu, buat orang lidi untuk penghuni kampung.
  10. Tada...siapp!!So, bolehla kita mengajar bentuk kepada kanak-kanak!!bila buat mcm ni sure lg enjoy instead of latihan dlm buku je,kan?
~So, selamat mencuba..harapnya anda semua faham ye..klu xfaham,boleh tny sy..
sumber: http://www.mathscat.com/crafts.html
*kali ini walaupun sy bz dgn kajian sy, tp ttp akan cuba cr ms untuk aktifkan brilliant aulad..dh seminggu berehat..*

Sunday, February 15, 2009

berehat sebentar

assalamualaikum..
kepada yg mengikuti brilliant~aulad,mohon maaf sy berehat sekejap..weekend br ni bz betul dgn ceramah kecemerlangan n kursus pengurusan jenazah..pastu balik2 tgk2 ipis wifi dah menghilang..he3..tambah2 hr ni kena selsema n mcm nk demam..so,terpaksa berehat sekejap.skang sdg mencari maklumat utk letakkan aktiviti dp komponen lain..sabar ye sume..post seterusnya lambat sket..tmbh2 lg sibuk dgn tesis yg belum siap..insyaAllah mgg ni kurang2 ade satu aktiviti..

Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti Pra-Tulis Seterusnya








sumber:http://www.kidzone.ws/prek_wrksht/dynamic.htm
utk lebih banyak lg:http://www.internet4classrooms.com/kplus_writing.htm

Tuesday, February 10, 2009

Aktiviti Pra-Tulis Kanak-kanak



Assalamualaikum..salam sejahtera..sy terfikir bagaimana sy mahu memulakan aktiviti menulis utk kanak-kanak yg tidak pernah menulis di awal2 kemasukan di prasekolah..jadi sy mencari beberapa aktiviti pra-tulis utk kanak-kanak ini..sebelum mula menulis secara serius,mereka perlulah menguasai kemahiran motor halus..berikut adalah beberapa aktiviti yg bersesuaian:

1. Ketika muzik dimainkan di prasekolah, berikan kanak-kanak 'ribbon stick' atau ape2 shj yg ade stick yg selamat utk mereka gerakkan ke atas,ke bawah, ke kiri, ke kanan dan serata tempat.

2. Beri peluang kanak-kanak menggunakan krayon,minta mereka mewarna secara berdiri atau meniarap. Sediakanlah ruang utk kanak-kanak mewarna spt papan easel,atau lebih mudah tampalkan shj kertas mahjong di dinding. Ini mampu melatih mereka menggenggam tangan dan memastikan kedudukan pergelangan tangan mereka betul ketika menulis.

3. Berikan krayon kpd mereka,sesekali berikan juga krayon patah-patah/pendek supaya mereka belajar pegang dgn betul,bukanlah pegang scr genggam seperti penumbuk.

4. Ketika aktiviti mewarna, ajar mereka menconteng dulu,buat bulat2,segi2,bentuk awan,cengkerang siput dsbginya.

5. Ketika bermain doh,minta kanak-kanak potong doh menggunakan pisau plastik secara melintang,menegak dan membulat.

*Ini adalah antara aktiviti awal bg perkembangan motor halus mereka. Seterusnya, aktiviti menulis menggunakan pensel boleh mula diajar bermula dgn bentuk2 geometri.
Sumber : http://www.sensory-processing-disorder.com/pre-writing-activities-for-preschool-children.html

Sunday, February 8, 2009

Mari Membuat Tanglung..mudah saja..


PAPER LANTERN

You will need:

  • A piece of colored paper
  • Scissors
  • Scotch/sticky tape

What to do:

  1. Fold a piece of colored paper in half. If your paper is only colored on one side, fold it so that the colored side is visible.
  2. Cut a series of slits perpendicular to the folded edge (as shown below).
    Left edgelantern2.gif (1189 bytes)Right edge
    Folded edge
  3. Unfold the paper and form the lantern by sticking the left edge of the paper to the right edge of the paper using scotch/sticky tape.
*sumber : http://www.kinderplanet.com

bismillah


bismillah..
assalamualaikum w.bt...
akhirnya saya membina satu lagi blog..pada asalnya, khas utk mengenali anak-anak kita..khas utk mengetahui perkembangan kanak-kanak..pendek kata, brilliant aulad membicarakan tntg segala mcm hal berkaitan anak2..tp sy still blur xtaw nak wat cane..bukannye expert sgt dlm IT ni..so,atas nasihat seorg rakan dlm bidang yg sm,*kredit to mustakim , saya bercadang utk meletakkan sgl mcm aktiviti yg sesuai buat kanak-kanak kecil terutama kanak-kanak prasekolah..masih dlm pengajian di bidang pendidikan awal kanak-kanak,sudah tentunya byk salah dan silap sy..mohon sebarang cadangan dan komentar membina..terima kasih