Monday, August 30, 2010

Our Beloved Fakhrul

salam

selesai kisah si luqman..kali kisah Fakhrul atau nama penuhnya Ahmad Fakhrullah..sure la brilliant aulad yg boys sume hensem, yang girls plak sume chumil2..

kali ni masih lagi kisah anak lelaki..maklumlah brilliant aulad ade 15 boys yg mcm2 keletah, aksi, celoteh n girls plak ayu2 pendiam belaka..macam cikgu die..hehe
Fakhrul ni pelat sket tp bijak orangnye..ayat biasa yang bleh dgr dlm kelas.."Itu..itu..." itu bukanlah bermaksud 'itu' tetapi 'itu'=cikgu..heee...kadang2 bile die bercerita cikgu n kak tini mesti dgr betul2 utk faham apa yg dia cakap..

Yang bes tentang fakhrul, tulisan dia cantik sgt, kemas sgt n most important, dia sgt pandai melukis yang kita sendri tak terbayang..nanti sy masukkan gamba lukisannya..

Pagi2 dia akan sibuk di meja komputer, konon2 nak menaip..tak pun kat mesin laminate konon2 nak laminate la..mesin laminate ni sentiasa off bila xdigunakan ye..

Gamba di atas tu Fakhrul tgh main peranan dia ni pahlawan la..pembaris kayu keliling pinggang macam pedang..yg manik kayu bergantung di bahu tu ala2 shield kot..hehe

Semoga dgn kreativiti yang ada pada Fakhrul, dia akan berjaya satu ms nati..jd arkitek ke..pereka game PS ke..hee..insyaAllah..

Sunday, August 29, 2010

Anakku..Luqman

Assalamualaikum

Lama tuan brilliant aulad membisu..mungkin xde modal nak tulis ape..nak tulis hasil2 kerja, sy hanya tiru aje hiasan2 yg guru2 lain sebarkan..nak letak lembaran kerja, bukanlah begitu rajin juga sy nak cipta sendiri..hehe..

Akhirnya..ting!dapat satu idea..disaat2 akhir tahun ni..cikgu Ain nak crite pasal anak2..psl brilliant aulad yg mcm2 perangai..boleh,kan?
Lucky No.1........Luqman
No.1 Hensem, No.1 suka kacau org, No.1 suka lukis gamba ikan@haiwan air, klu pasang crite Happy Feet, brp byk kali pun die tak boring..
Tapi klu kena marah ngan cikgu atau kak tini..paling no.1 berasa hati sampai merajuk tak nak makan..sempat cikgu amek gamba..ni bile luqman dah besar, terbaca entri ni, jgn marah cikgu yee..sayang luqman n sume anak2 cikgu..


merajuk xmo makan..puas cikgu pujuk..
tarikh pd gambar tuh slh ye..bukan tarikh sebenar,cikgu xpdi ejas camera kak tini


Wednesday, August 18, 2010

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah 2011


Assalamualaikum

Tarikh/Hari : 18/8/2010
Masa: 1.30 ptg
Tempat : Bilik Gerakan SkJ 08

Alhamdulillah..selesai juga mesyurat pemilihan bakal2 penghuni Brilliant Aulad iaitu bakal anak kedua saya..hehe..

Nervous gak td ms br2 nak g meeting sbb xbese, xtahu, xpdi..naseb bek ade GB, GPK1, GPK Hem, GPK kOKU,cikgu2 dan wakil komuniti yang membantu..Thanx a loads!

Segala pemilihan adalah keputusan muktamad sebulat suara ahli mesyuarat..diharap semua menerima keputusan mesyuarat seadanya..

Cikgu Ain n Kak Tini konon2 sibuk sgt smpi xsmpt amek gamba mesyuarat..hehe

Semoga Cikgu Ain dpt membentuk brilliant aulad dengan lebih baik bagi tahun kedua akan datang..insyaAllah..