Thursday, September 3, 2009

~Fancy Face Sandwich~

Assalamualaikum..

Pemilik brilliant aulad memang suka buat aktiviti menggunakan makanan..bukan apa, saya rasa memang seronok bila aktiviti melibatkan makanan.secara tidak langsung mereka diajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti masak-memasak.bolehlah tolong ibu di rumah..MyEm0.Com

~Fancy Face Sandwich~ merupakan satu idea yang saya ambil daripada sebuah buku pengajaran bertema daripada oversea. tidak ingat tajuknya, dan memang bukunya sangat tebal dan banyak idea menarik.

Sebelum ini aktiviti menulis perkataan pada cookies melibatkan bahasa murid-murid, kali ini fancy face sandwich melibatkan komponen kognitif. Dalam kurikulum prasekolah, terletak dibawah tajuk 9.1.1 Menyusun peristiwa mengikut urutan.

Peristiwa di sini melibatkan langkah-langkah bagi pembuatan sandwich:

1. Mencuci tangan
2. Menyapu peanut butter/ kaya di permukaan roti
3. Meletakkan mata(kacang peas), hidung (carrot yang dipotong panjang2), mulut (kismis) dan rambut(aising).
4. Menutup makanan yang dihasilkan dengan tudung saji/penutup makanan
5. Membersihkan semula tangan.


So, kita boleh ajar mereka membuat sesuatu mengikut urutan yang betul..selain itu, mereka dapat menguasai motor halus ketika meletakkan bahan-bahan sandwich. Mereka juga belajar berkongsi bahan-bahan saperti aising dan sudu.

Lepas dah siap, bolehlah sandwich dimakan!SEDAPPP..


video


MyEm0.Com

5 comments:

mus@akim said...

tajuk tu tertinggal huruf S kot.. atau mmg disengajakan..

ainnaziha said...

haha..xperasan..kikiki

shyna said...

Huruf S mana...S Siti ka...hehe
waleu...nie aktiviti calon cemerlang neh...tgk mmg nak makan..."makan aje cikgu neh"..piah oo piah..

preschool troopers (admin) said...

hebat gila calon cemerlang neh (*o*)

ainnaziha said...

shyna : uiks..

Preschooltroopers(admin): sebarang teguran dan penambahbaikan sgt dialu-alukn